Tuesday, June 30, 2009
Pandangan 4 Mazhab Tentang Kewajipan Penerapan Hukum Hudud Ke Atas Kafir Dzimmi (Siri-3 Zina)
Mazhab Syafie
Kata Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin;
Dan Had untuk yang Muhsan, mukkalaf yang bebas adalah rejam [al-Mughni muhtaj IV:136] dan Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Shahihain, dalam Abu Daud menambah, mereka berdua adalah Muhsan [Mughni Muhtaj : 136] Tambahan, catatan bahawa akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan [Nihayat Muhtaj VII : 427]
Shirazi : Jika ahli zimmi datang kepadaku kerana melakukan kesalahan maka aku akan melihat dahulu samada jenyah itu merupakan kesalahan dalam agama mereka seperti membunuh, zina, curi, qazaf - maka diwajibkan ke atas mereka sebagaimana diwajibkan ke atas kaum muslimin...[ Muhazzab II : 256]
Jika seorang lelaki dari Negara Islam melakukan persetubuhan dengan wanita yang haram, tanpa akad dan tanpa syubahat akaad dan bukan miliknya dan tanpa syubahat milik sedangkan dia adalah akil-baligh dan mukhtar, tahu dengan keharamannya maka diwajibkan ke atasnya had [Muhazzab II:266]
Tidak disyaratkan Muhsan untuk kes rejam adalah Islam, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, yang mana Rasulullah telah dibawa kepada dua Yahudi yang berzina dan Baginda saw memerintahkan untuk direjam. [Muhazzab II:267]
Mazhab Hambali
Sedangkan Islam bukanlah syarat untuk Ihsan, inilah pandangan yang sahih [ Nailul Maarib II : 356 ]
Jika Mukkalaf hurr, telah melakukan persetubuhan yang dari perkahwinan yang sah dengan Mukkalaf hurrah, maka kedua mereka ini adalah Mushan. Jika sesiapa sahaja di antara mereka selepas ini melakukan zina, dia akan direjam sampai mati. Kafir dan Muslim dalam hal ini adalah sama. [ Al-Muharrar fi Fiqh II : 152]
Terdapat dalam Kitab Iqna’ fi fiqh Ahmad Hambal tentang Ihsan, ianya sabit untuk musta’min, zimmi dan majusi...kalau berzina dari mereka wajib dikenakan had, dan imam wajib menerapkan hudud antara mereka [ Al-Iqna IV: 251]
Al-Muhsan adalah lelaki yang telah melakukan hubungan seks dengan isterinya dari akad perkahwinan yang sah, meskipun isterinya adalah Kitabiyyah, meskipun perbuatan ini adalah dilakukan semasa haid, puasa, ihram dsbnya. Mereka hendaklah merdeka dan mukkalaf, meskipun zimmi, tetapi tidak terkena kepada musta’min. [Ghayah Al-Muntaha III: 301]
Mazhab Maliki
Aku bertanya : Apakah pandangan kau, apabila ahli zimmi berzina, adakah Imam Malik akan mengenakan hudud atau tidak? Dia Menjawab “ Tidak dilaksanakan had dan ahli agama mereka lebih tahu.” [Al-Muddawanah Kubra 4:415].
...bila mereka berzina dibiarkan tapi akan dihukum bila melakukan secara terbuka [Al-Mudawwanah Kubra 4:408]
Bila berzina dengan Muslimah, ianya akan dihukum, dan (kata Rabi’ah) kewarganegaraan akan dilucutkan, dikenakan hudud dan dibunuh jika merogol Muslimah. [ Tabsiratul Al-Hukkam, 174]
Mazhab Hanafi
Pandangan paling kuat dikalangan Mazhab Hanafi ialah penzina Muhsan, tidak disebat, sebab menurut pandangan mereka ihsan tidak terkena kepada orang kafir.
Al-Baburti berkata; jika zimmi yang telah berkahwin, kita akan sebat mereka, sedangkan Syafie, Abu Yusuf dan Ahmad akan merejam mereka.
Seseorang dikatakan Muhsan bila, bebas, berakal, baligh, Islam dan telah berkahwin dengan nikah yang sah [Fathul Qadir 5:236].
WUZARA
No comments:
Post a Comment