Friday, June 5, 2009
Cerita Petang Jumaat
Dari sejak beberapa bulan lepas saya merancang sempena cuti sekolah kali ini untuk makan angin balik kampung di Kota Bharu. Kononnya kami ingin menjelajah ke Perak, Kedah, Langkawi, Penang dan Perlis sebelum patah balik merentas Empangan Temenggur ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Resort di Temenggur tu pun cantikkan?!!
Tapi angan-angan tinggal angan-angan. Saya tak boleh ambil cuti. Projek Biogas Power Plant saya baru nak comission, dan saya main incharge. Apa yang mampu hanyalah menghantar ke Bas Station malam ini. Nampaknya seminggulah saya jadi orang bujang. Dah hampir setengah tahun 2009, saya baru ambil cuti setengah hari, itu pun cuti carry foward dari tahun lepas. Saya bukanlah gila kerja, tapi sesiapa yang ada pengalaman mengendalikan projek yang agak besar, saya kira sangat memahaminya. Saya harap dapat menyiapkannya secepat mungkin, tetapi pelbagai masalah membuatkan saya tak tahu bila ia akan dapat beroperasi. Beroperasi satu hal, beroperasi dengan stabil lagi satu hal. Biasanya sesuatu plant baru memerlukan lebih kurang 2 tahun untuk beroperasi dengan lancar dan lengkap.
Yang pastinya saya ada 2 jemputan kahwin. Nampaknya tak dapat balik kampung, den poei jomputan jolah. Banyak buku yang saya beli belum dibaca, mungkin ini masa yang sesuai. Dapat habiskan 1,2 buku pun kira okay. Saya teringin nak habiskan 2 kitab syakhiah Islamiah jilid 1 dan 2 tapi saya kita 2 bulan pun tak sempat.
Saya tidak sempat mengikuti perkembangan politik ummat Islam secara dekat akhir-akhir ni. Lawatan Obama ke Mesir menimbulkan pelbagai reaksi. Penyatuan antara dunia Islam dan Amerika? Celaka ko Obama. Dalam masa dia menggerakkan tentera membunuh ummat Islam, merangka Pax Americana tetapi tetap juga cuba menggula-gulakan ummat Islam dengan keamanan konon. Hanya mereka yang bodoh akan percaya. Ummat Islam dah mula cerdik politik sekarang. Saya harap jika ada pemimpin dan cendekiawan ummat Islam yang dulu mengucapkan tahniah kepada Obama dah menyedari kesilapan tindakan politik mereka tersebut.
Jika ummat Islam berusaha menegakkan khilafah, US pula dengan Pax Americananya. Saya percaya ia akan jadi pertentangan ideologi yang cukup dahsyat dalam dunia suatu hari nanti. Jika US berusaha selewatnya menjelang 2040 untuk berjaya untuk menegakkan Pax Americana, bagaimana pula usaha kita menegakkan khilafah? Apakah kita betul-betul berusaha menuju khilafah, atau kita sekadar hanya tahu sebutan, tanpa mengetahui makna yang jelas, tanpa faham hukum yang rinci, tanpa terbayang struktur khilafah yang jelas? Kita muhasabah diri kita sendiri.
"Dan Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang fasiq.” (Q.s Al-Maidah: 108)
"Dan Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Q.s Al-Baqarah: 258)
"Dan Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang kafir." (AI-Baqarah: 264).
WUZARA
No comments:
Post a Comment