Tuesday, May 12, 2009
ULAMA ATAU PROFESSIONAL : ADAKAH KITA MAHU KEMBALI KE ZAMAN GELAP EROPAH?
Reformation yang berlaku di Eropah pada abad ke 14 adalah disebabkan pertelingkahan antara golongan agama dengan golongan pemilik modal. Golongan pemilik modal merasakan golongan agama telah menguasai Negara dengan menjalankan pemerintahan teokrasi(pemerintahan keagamaan). Akibat dari permasalahan ini, mereka mengambil jalan tengah(moderate) dengan memisahkan agama dengan politik (sekularisme). Golongan agama tidak lagi dibenarkan mencampuri urusan politik tetapi diserahkan kepada golongan pemilik modal yang dianggap professional. Maka sebagai reaksi kepada penentangan system teokrasi yang yang diamalkan selama ini, mereka bahkan mencedok system demokrasi (kerajaan rakyat) yang diciptakan Plato sejak sebelum masehi. Sejak itu mereka keluar dari zaman gelap(dark ages) dan bermula kebangkitan di Eropah.
Sedangkan Islam pada zaman tersebut sedang berada di tingkat keilmuan dan ketamdunan yang sangat tinggi. Dalam Islam tidak timbul soal teokrasi atau demokrasi, tidak timbul persoalan pemimpin itu mesti golongan ulama’ atau professional. Ini adalah permasalahan agama kristian yang tidak ada kene mengena dengan agama Islam.
Islam adalah agama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw, yang mengatur hubungan manusia dengan Allah swt, sesame manusia dan dirinya sendiri. Oleh itu tidak timbul persoalan teologi sebagaimana yang terjadi terhadap agama Kristian di Eropah. Apa yang terjadi, polisi pendidikan dan suasana keislaman telah melahirkan manusia-manusia yang faqih agama dan memahami persoalan politik dan teknologi. Itulah produk system Islam.
Berbeza dengan system kapitalisme hari ini, wujud 2 golongan yang saling berbeza, golongan agama dan golongan professional. Golongan agamanya kurang memahami politik dan teknologi sedangkan teknokratnya lemas dalam lautan sekularisme. Mana-mana gerakan Islam yang tidak serius dalam pentarbiahannya akan juga terperangkap dalam persoalan ini, kecuali gerakan Islam yang dapat memutuskan bahaya sekularisme dari pemikiran ahlinya. Saya bersetuju dengan pandangan Dr Asri dalam tulisan beliau pada Mingguan Malaysia yang lepas yang mana beliau menyatakan persoalannya bukan ulama’ atau professional, tetapi iltizam seseorang pemimpin untuk melaksanakan Islam.
Saya berpendirian, mana-mana usaha atau tindakan melebarkan jurang kapasiti ulama’ dan professional adalah satu rijal dalam agama yang mesti dihapuskan. Jika tidak kita sekadar membawa Islam kembali ke zaman gelap Eropah. Oleh itu supaya kita tidak termasuk dalam perangkap sekularisme ini- golongan agama yang jahil politik/teknologi atau golongan profesional yang jahil Islam- saya mengajak saudara pembaca untuk belajar bersama Hizbut Tahrir yang mana pentarbiahannya akan mengapuskan benih dan ranting sekularisme sama sekali dari pemikiran kita. Tak percaya? Cubalah!
WUZARA
No comments:
Post a Comment