Saturday, May 23, 2009

AKALNYA DI HEMPEDU

Mahu bicara dulu-dulu,
Memikir guna hempedu bikin akal jadi pahit,
Agar rasa ikut bergayut layut.

Semilir merayap tak tahu arah tuju,
Sampai otak kanker jumud,
Tiada guna fikir, tapi guna rasa,
Guna cerita dulu-dulu,
Guna tipu daya,
Guna makar tohmah,
Guna taksub bertuhan manusia.

Gambar tok di dinding, di papan bil,
Sampai aku jadi bingung,
Mahu juang atau dungu?
Bodoh sombong jalan mu.

Aku takkan lelah apalagi mengalah,
Dengan bina insan taksub mu,
Kalau jauh sudah lari mu,
Mari pulang ke tempat asalmu.

No comments:

Post a Comment