Sunday, February 15, 2009

Isu Perak : Hukum Mentaati Ulil Amri



Mufti Perak menyatakan tindakan Ir Nizar adalah ‘durhaka’ kepada Sultan Perak.Beliau menyatakan tindakan tersebut adalah haram. Oleh itu sebagaimana yang saya tulis sebelum ini, disini saya keluarkan pandangan para fuqaha berkenaan hukum ketaatan kepada penguasa dan saya ambil isu di Perak ini sebagai manatul hukmi. Semoga kita dapat melihat apa pun isu yang timbul dengan kacamata Islam yang jernih lagi tulen.

Secara umumnya mentaati penguasa merupakan salah satu kewajiban seorang Muslim. Allah swt berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ

فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri di antara kalian. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya.” [TQS. al-Nisaa’:59]

Ketika menafsirkan surat al-Nisa’:59, Imam Nasafiy menyatakan:

“Ayat ini menunjukkan bahwa taat kepada para pemimpin adalah wajib, jika mereka sejalan dengan kebenaran. Apabila ia berpaling dari kebenaran, maka tidak ada ketaatan bagi mereka. Ketetapan semacam ini didasarkan pada sabda Rasulullah saw,

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiyatan kepada Allah >.”[HR. Ahmad].

Dituturkan bahwa Maslamah bin Abdul Malik bin Marwan berkata kepada Abu Hazim,” Bukankah engkau diperintahkan untuk mentaati kami, sebagaimana firman Allah, “dan taatlah kepada ulil amri diantara kalian..” Ibnu Hazim menjawab, “Bukankah ketaatan akan tercabut dari anda, jika anda menyelisihi kebenaran, berdasarkan firman Allah,
“jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah, yakni kepada Rasul pada saat beliau masih hidup, dan kepada hadits-hadits Rasul setelah beliau saw wafat..”

Pendapat senada juga dikemukakan oleh al-Hafidz al-Suyuthi dalam kitab Tafsirnya, al-Durr al-Mantsur, Imam Syaukani dalam Fath al-Qadir, dan serta kalangan mufassir lainnya. Ibnu al-‘Arabiy, dalam kitab Ahkam al-Qur’an, menyatakan:

“Kemudian mereka diperintahkan untuk mentaati pemimpin (ulil amri) yang telah diperintahkan oleh Rasulullah. Ketaatan kepada mereka bukanlah ketaatan mutlak, akan tetapi yang dikecualikan dalam hal ketaatan dan apa yang diwajibkan kepada mereka….”

Jelas di sini bahawa pra syarat di sini adalah arahan dari pemerintah tersebut adalah arahan yang selari dengan hukum syara’. Tidak boleh taat arahan yang bertentangan dengan hukum Islam. Walaubagaimana pun, persoalan apa tindakan kita terhadap penguasa yang tidak melaksanakan hukum yang tidak Islami, apakah diperangi, digulingkan atau sebagainya adalah tidak termasuk dalam pembahasan ini. Ia adalah satu topik lain yang tidak saya bahaskan di sini.

Ulama’ turut membahaskan siapakah ulil amrie tersebut. Ulil amrie adalah mereka yang mendapat kekuasaan secara syar’ie. Mana-mana pemerintah yang mendapat kekuasa secara tidak Islami, maka mereka bukanlah pemerintah Islam yang sah. Mereka bukanlah pemerintah(ulil amry) yang dimaksudkan dalam Al Quran surah An Nisa’ ayat 59 di atas. Malah mereka sendirilah yang merupakan penguasa taghut kerana tidak taat kepada Allah.


Dalam Islam telah ditunjukkan bahawa ulil amri iaitu ketua umat Islam mendapat kekuasaan melalui bai’at. Rasulullah mendapat kekuasaan dari Bai’atul Aqabah kedua, para khalifah-khalifah seterusnya juga mendapat kekuasaan dengan jalan bai’at. Hanya setelah selesai proses bai’at yang memenuhi rukun dan syarat sah bai’at dan khalifah, maka seseorang itu sah secara syar’ie sebagai penguasa Islam. Kemudian, beliau berhak untuk mewakilkan kekuasaannya kepada para muawwin(pembantu), qadhi, wali(gabernor) dan amil(ketua sesebuah negeri). Mereka inilah ulil amri yang sah.

Dalam kitab Minhaj al-Sunnah, Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah berkata:

“Sesungguhnya, Nabi saw telah memerintahkan untuk taat kepada imam (pemimpin) yang legal(syar’ie) memiliki kekuasaan, dan mampu mengatur urusan masyarakat. Tidak ada ketaatan bagi pemimpin yang tidak dikenal dan tidak legal(syar’ie)l. Tidak ada ketaatan bagi orang yang tidak memiliki kekuasaan dan tidak memiliki kemampuan apapun, secara asal.

Pendapat ini sejalan dengan penjelasan Imam Syaukaniy ketika menafsirkan firman Allah swt, surat An Nisa’ ayat 59;

“Ulil amriy adalah para imam, sultan, qahli, dan setiap orang yang memiliki kekuasaan syar’iyyah bukan kekuasaan thaghutiyyah.

Pemerintah di Malaysia baik Menteri atau pihak yang lebih tinggi lagi, bukanlah pemerintah yang mendapat kekuasaan dengan jalan syar’iyyah iaitu bay’ah. Mereka tergolong dalam hadith nabi melakukan kufran bawwahan(kekufuran yang nyata) dengan hudud, menolak penerapan hukum Islam dan menggunapakai undang-undang sekular.Mereka mendapat kekuasaan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Mereka bukanlah ulil amri dalam ayat An Nisa’ 59 sebagai yang dinyatakan oleh Allah untuk wajib mentaati mereka. Maka, tidak mentaati mereka bukanlah hukum durhaka dan tidak berdosa.

Kesimpulan

1. Yang dimaksudkan ulil amri dalam surah An Nisa’ ayat 59 adalah mereka yang mendapat kekuasan secara syar’ie iaitu bay’ah dan pewakilan kuasa dari khalifah yang mendapat kekuasaan dengan jalan bay’ah.

2. Ketaatan kepada ulil amri adalah sebatas ketaatan kepada perkara yang selari dengan hukum Islam.

3. Pemerintah Malaysia bukanlah ulil’amri sebagaimana yang dinyatakan dalan surah an Nisa’ 59 di atas.

4. Kenyataan Mufti Perak, Datu’ Harussani, bahawa derhaka kepada sultan hukumnya haram tersebut adalah bertentangan dengan hukum Islam. Kerana yang mengeluarkan perintah tersebut bukan ulil amri yang sah dan perintahnyanya juga tidak selari dengan hukum Islam.





No comments:

Post a Comment