Saya hanya sekadar dapat mengikuti perkembangan politik Perak melalui Malaysiakini samalam. Walaupun angin pergolakan telah bertiup sejak beberapa hari, tidak ramai yang menyangka ia akan berlaku secepat ini. Melihat gambar-gambar Ir Nizar, terbayang betapa risaunya beliau walaupun dibalik gaya cool yang dipamirkannya. Pastinya kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap kerajaan pimpinannya. Tetapi apo nak dikato? Inilah mehnah apabila terlibat dalam sistem ciptaan Plato iaitu demokrasi.
Atas nama demokrasi si kufar yang menentang Islam boleh jadi kawan, si sekular boleh yang dungu boleh jadi teman. Atas nama demkrasi, melaksankan hukum bukan Islam pun boleh dihalalkan, alasannya penerapan hukum bertahapan.
Saya bukan hendak suka-suka menghentam sahabat-sahabat yang berjuang dengan minhaj demokratiah ini. Saya faham pemikiran mereka telah tertutup bahawa demokrasi sajalah cara untuk mendapatkan kekuasaan selain berjihad. Tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak sahabat sekalian berfikir, apakah dengan demokrasi masuk akal untuk mengembalikan khilafah Islamiah? Kerana selama ini pelbagai hujah tentang keharaman demokrasi tidak dapat kalian hadamkan, maka apa kata kita lihat pula pembohongan demokrasi secara rasionalnya.
Wahai sahabat-sahabat yang masih terbelenggu dengan ikatan demokrasi, bukalah rantaian yang sedang membelenggu kalian. Caranya bagaimana? Dengan cara belajar politik Islam, dan Islam semata tanpa dicampur secuitnya pun dengan aqidah selain Islam. Melihat politik dengan kacamata Islam dan penyelesaian semata bukan dengan rasional akal atau pun kehendak masayarakat.
Mungkin ada diantara kalian yang tidak menyenangi apabila ada pejuang-pejuang khilafah yang menegur keharaman demokrasi, mungkin kalian merasakan mereka membenci kalian maka kalian pun membenci mereka. Walhal syabab2 yang memperjuangkan khilafah itu tidak membenci kalian malah mereka amat menyayangi kalian. Mereka mahu kalian lihat pembohongan demokratiah tersebut dan memandang dunia dengan kacamata Islam yang jernih. Atas dasar itulah mereka tidak henti-henti mengingatkan kalian tentang keharaman demokrasi walaupun kalian tidak menyenanginya. Bukakanlah pintu hati kalian untuk menerima seruan dakwah ini untuk kita sama-sama berjuang diatas minhaj yang lurus, minhaj nubuwwah, ameen.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Adun mengadap Sultan, MB dipanggil ke istana
Feb 5, 09 10:19am
sumber: Malaysiakini
kemaskini 11:54pm Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN.
"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.
kemaskini 11:48pm Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.
kemaskini 11:00pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.
Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.
Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.
Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.
Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.
Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.
Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.
'Situasi tidak menentu'
Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.
Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.
Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.
Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.
Salam,
ReplyDeleteAdanya demokrasi bukanlah menghalalkan matlamat. Ia sebagai wasilah. Maka itu ulama haraki meletakkan beberapa syarat utk sebuah jemaah Islam bergerak dlm politik. Boleh rujuk Ust Fathi Yakan.
Yg menolak perjuangan melalui politik JIM,ABIM,ISMA,Hizbut Tahrir. Malah ana sendiri dibawah JIM.
Tapi seakan di dunia fantasi kerna tidak berjuang melalui politik. Kerana itu juga Saari Sungib terjun ke dlm PAS dlm melepaskan jawatan presiden JIM.
Soalnya bagaimana mahu menubuhkan Negara Islam.
1) Bunuh semua org kafir di Malaysia dan tubuhkan negara Islam?
2) Melakukan revolusi seperti Ayatullah Komeini?
3) Politik demokrasi?
4) dakwah sampai semua org kafir masuk Islam dan org Islam faham Islam
5) Buat tak tau dan tunggu Imam Mahadi datang.
Awak pilihla jalan yg lebih realistik. Kalau nak usrah secara gelap (sirr wal hazar), sampai mati pun negara Islam takkan tertubuh.
Pemerintah akan melihat jemaah gerakan Islam sebagi anjing yg tahu menyalak,lagi kuat tarbiyyah lagi kuat salakan. Tak realistik.
Bukanlah niat saya utk menghina mana2 jemaah, but be realisitik. kerana itu ulama haraki terutamanya fathi yakan meletakkan mualamat dalam demokrasi politik.
dan untuk awak renungkan kata-kata abu urwah (saari sungib), "usrah-usrah kecil sudah tidak mampu mendaulatkan dan mendukung Islam".
akhirnya sia-sia saja usrah itu.
Pendekatan yg lbh realistik perlu diambil kira.
Awak boleh mentarbiyyah mad'u awak sehebat-hebatnya. Tapi sejauh mana mad'u itu mampu pergi.
ReplyDeleteAndai mad'u yg ditarbiyya itu MURTAD seperti yg berlaku pada Aishah, sia-sia pengorbanan awak. Kerana tiada hudud & qisas utk mempertahankan aqidahnya.
Ini yg PAS tekankan. hudud & qisas supaya kemurniaan Islam terjaga.
Awak tak sedih 50 tahun merdeka 250 000 orang Islam murtad? Ada yg pernah ditarbiyyah pulak tuh.
Ikutla mana awak suka. Kalau nak ikut hizbut tahrir, JIM, ISMA, ABIM. Silakan...
Salam buat MARTYR,
ReplyDelete1. Demokrasi sebagai wasilah? Apa syarat bagi wasilah dakwah, bolehkan menggunakan sesuatu yang haram untuk menggapai kekuasaan? Tidak perlu bermain-main dengan istilah samada uslub atau wasilah.
2. Kenyataan saudara Hizbut Tahrir menolak perjuangan politik adalah salah sama sekali. Cuba banyak buku Hizbut Tahrir, dengan jelas dinyatakan Hizbut Tahrir adalah parti politik. Saudara keliru kerana saudara melihat politik itu mesti pilihanraya demokrasi. walhal Rasulullah juga berpolitik, tetapi tidak menggunakan demokrasi. Ini jelas menunjukkan saudara tidak memahami apa itu politik Islam kerana saudara masih lagi melihat politik dalam kerangka demokrasi.
3. Cadangan2 saudara ttg cara menubuhkan negara Islam menggambarkan saudara tidak mengetahui thariqah Rasulullah menegakkan negara Islam. Rasalullah tidak melakukan pembunuhan untuk mendapatkan negara Islam, tidak melalui demokrasi dan negara Islam tidak semua penduduknya beragama Islam.
Ya, tarbiah saja tidak dapat membawa kepada Negara Islam. Tetapi dakwah tidak mampu dijalankan tanpa tarbiah. Pengabaian terhadap tarbiah dan menumpukan kepada mencari kekuasaan samata adalah jelas keliru.
Saya jelaskan secara ringkas bagaimana Rasulullah mendapatkan negara Islam dan ini yang wajib ditempuh oleh Jemaah Islam yang benar2 inginkan kembali Negara Islam.
1) Pembentukan kutlah,
2) Interaksi dengan masyarakat a) Perjuangan politik b) serangan pemikiran
3) Proses mengambil alih kuasa dengan mendapatkan kekuasaan melalui thalbun nusroh.
Saya tak rasa boleh difahami seringkas itu, kalau nak tahu lebih lanjut, saya amat mengalu-alukannya.
Salam, MARTYR. Entah-entah kita saling mengenali. Mungkin ya, mungkin tidak. Sekiranya tak keberatan, silalah hubungi saya melalui email yang saya tampilkan dalam segmen 'About Me' pada blog saya. Insya Allah, bolehlah kita bersemuka dan berbincang mengenainya secara baik dari hati ke hati.
ReplyDeleteSeperti yang wuzara nyatakan, HT tidak menolak perjuangan politik. Bahkan HT merupakan parti politik Islam. Harap jangan disempitkan pengertian politik kepada politik-demokrasi semata-mata.
Sekadar nak bertanya, sebelum daulah Islam Madinah tertegak, adakah Rasulullah saw dan para sahabat terlibat dalam sistem jahiliyah? Baginda pernah ditawarkan jawatan pemimpin bagi masyarakat Quraisy oleh Abu Jahal. Tetapi baginda menolaknya kerana dalam perjuangan Islam tiada kompromi khususnya mengenai prinsip dan akidah.
Adakah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat radhiallahu anhum ketika fasa Makkah itu tidak realistik? Umat Islam ketika itu tidak bergelumang dalam sistem jahiliyah bagi menubuhkan daulah serta menerapkan syariat secara syumul.
HT mengambil thariqah berdasarkan sirah nubuwwah dalam menuju kebangkitan yang hakiki. Thariqah HT seperti yang diterangkan secara ringkas oleh wuzara itu diambil berdasarkan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat dalam memartabatkan Islam di mukabumi. Setiap tahap itu mempunyai dalilnya yang tersendiri, dan bukannya dibina berdasarkan manfaat mahupun maslahah semata-mata tanpa mengambil kira pandangan syarak terlebih dahulu.
Jika PAS menekankan hudud dan qisas, HT pula menekankan khilafah bagi membela kemurnian Islam. Sistem khilafah yang turut meliputi hukuman hudud, qisas, dan sistem-sistem Islam yang lainnya. HT tak berjuang dalam sistem, kerana sekiranya berbuat demikian, maka sudah semestinya kita akan terjerat dengan 'permainan' dan helah yang ada. Ini telah terbukti dengan kegagalan demi kegagalan gerakan-gerakan Islam yang berjuang melalui demokrasi. Paling kurang pun, pasti akan berlaku kompromi yang akhirnya melemahkan gerakan itu sendiri dan seterusnya mendatangkan fitnah kepada Islam.
Wallahu'alam...