Sunday, December 14, 2008

KEPADA SIAPA HUKUM HARUS BERPIHAK?

(Bahagian 2- Akhir)

Hakikat Manusia

Hakikat kewujudan manusia tidak pernah berubah sejak manusia pertama, Adam a.s hinggalah bayi terakhir yang akan dilahirkan sejurus sebelum ditiup sangkakala. Setiap manusia mempunyai keperluan biologi(hajatul udhawiyah) untuk terus hidup. Antaranya makan, minum, bernafas, berkumuh, mencuci darah, mengepam darah dan keperluan biologi yang lain. Kegagalan memenuhi salah satu dari keperluan ini membawa kepada natijah kematian.

Dalam masa yang sama manusia juga dikurniakan Allah swt naluri(gharizah). Gharizatul baqa’ membuatkan manusia ingin dihormati, menjaga maruah, ingin terus hidup, jawatan, pangkat dan pangkat. Rasa ingin disayangi dan menyayangi sememangnya cukup indah dalam diri manusia lantaran gharizatun nau’ agar manusia mampu melestarikan keturunan walaupun tidak mesti demikian. Dalam masa yang sama manusia mempunyai gharizatul tadayyun, sifat semula jadi untuk mengagung dan mentaqdiskan. Hanya saja seringkali pengagungan itu tersasar dari penyembahan kepada Al-Khaliq kepada pengagungan sesama makhluk. Naluri dalam 3 bentuknya ini(baqa’, nau’ dan tadayyun) tidak menyebabkan kematian atau kecacatan jika tidak dipenuhi tetapi mungkin membuat hati lara, jiwa kecewa dan hasrat yang meluap-luab akibat keinginan tidak terpenuh.

Keperluan biologi dan naluri ini merupakan potensi yang ada pada manusia(dan juga haiwan) yang mendorong manusia berakitiviti setiap hari untuk memenuhi tuntutannya. Samada hendak memenuhinya atau tidak dan bagaimana memenuhinya bergantung kepada pemikiran seseorang. Kerana itu akal menjadi objek taklif. Dengan akal manusia dapat mencari hakikat pencipta sebagaimana kata Imam Syafie ‘ awaluddeen ma’rifatullah’. Dengan akal didapatlah manusia memahami aturan yang diturunkan Al Khaliq untuk mengatur kehendak yang muncul dari keperluan biologis dan naluri(nafsu) tadi. Dengan akal juga manusia mampu untuk menurut tuntutan nafsu.

Inilah yang saya maksud diawal tadi bahawa hakikat manusia tidak pernah berubah. Ia sama sahaja antara orang zaman sebelum atau sesudah Masihi, sebelum atau selepas Hijrah, sebelum atau sesudah jatuhnya khilafah uthmaniyah, sebelum atau pasca abad Millenium. Ia sama saja samada antara Arab Badwi di tengah gurun, atau Cowboy di Arizona, atau Eskimo di kutub sana, mahupun si Melayu di Asia Tenggara atau pemburu di Siberia. Yang berbeza hanya bentuk pemenuhan terhadap kehendak yang lahir hajat dan naluri.

Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah swt untuk mengatur apa yang lahir dari hajat udhawiyah dan naluri ini. Malah ini lama telah lama dijawab oleh Allah berhubung kerisauan Malaikat

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.”
(QS al-Baqarah [2]: 30).

Allah juga menjelaskan bahawa Dialah yang meneanugerahkan potensi-potensi ini dan memberikan petunjuk untuk mengaturnya.
Tuhan kami (iaitu) Tuhan yang telah menganugerahkan kepada setiap sesuatu dengan bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk. (Thaha:50)

Jadi saya balikkan persoalan topik ini kepada pembaca, kepada siapakah hukum harus berpihak?

HUKUM ISLAM BERPIHAK KEPADA SEMUA

Islam adalah rahmat kepada sekelian, alam bukan golongan tertentu. Terpulang samada kita mahupun mencari atau membutakan mata dari petunjuk Allah ini. Ia adalah untuk semua. Apabila Islam mengharamkan orang bukan Islam terlibat dalam pemerintahan bukanlah menganiaya mereka, itu adalah untuk kebaikan mereka bukan menganiaya mereka. Jadi mengapa masih ada orang Islam yang mengiktirah pemerintahan bukan Islam terhadap orang Islam dan malah memberi kerjasama kepada mereka? Tidakkah kita pernah mengetahui tafsiran mufassirin dan ulama’ mujtahidin terhadap ayat-ayat Allah, antaranya

“Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir (menguasai) orang-orang Mukmin” (An Nisa:141)

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan ulil amri diantara kamu” (An Nisa’:59)

“Dan apabila datang kepada kamu suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri diantara mereka” (An Nisa’:83)

Saya tidak berhasrat untuk mengupas tafsiran ‘minkum’ dan ‘minhum’ dalam ayat-ayat diatas. Jelas ulil amri wajib merujuk kepada pemerintahan Islam, bukan pemerintahan kufur.

Islam sebagai rahmat sekalian alam menjaga kemaslahatan Muslim mahupun bukan antaranya dengan penerapan uqubat Islam. Dari Hudud, Jinayat, Ta’zir mahupun mukhalafat adalah untuk kemaslahatan semua. Ia bersifat zawajir (pencegah) dari berulangnya kes jenayah. Firman Allah dalam ayat al Baqarah 179” Sesungguhnya di dalam qishash terdapat jaminan bagi hidup”. Tidakkah itu baik untuk semua? Jadi mengapa ada pihak yang membawa idea pelik kafir zimmi tidak wajib dikenakan hudud, tetapi diberi pilihan antara hudud atau undang-undang sivil? Hukum uqubat Islam juga bersifat jawabir(penghapus) dosa. Kerana itulah Zaid dan AlGhamediah rela direjam sampai mati. Hukuman yang telah dijatuhkan di dunia maka terselamatlah dari hukuman di akhirat yang berkali ganda lebih seksa. Jadi mengapa masih ada yang masih menentang perlaksanaan hukum Islam, betapa bodohnya pemimpin begini!

Sememangnya Islam bertentang 100% dengan hukum yang lahir dari sistem demokrasi hari ini. Seringkali Islam diserang sebagai byers, tidak adil pada bukan Islam. Dan wujud segelintir ummat Islam yang sanggup menjadi pihak tertuduh menjawab secara defensif apologetik. Mereka takut dikatakan tidak demokratik, tidak mengiktiraf idea kebebasan, menafikan hak pemerintahan kepada wanita dan bukan Islam. Walhal hakikatnya memang Islam bertentangan dengan demokrasi, mengharamkan idea liberalisme, mengharamkan wanita dan bukan Islam terlibat pemerintahan malah mewajib kafir zimmi tunduk kepada negara dan undang2 Islam.

Kerana Islam itu untuk semua dan berpihak kepada semua. Wallahua’lam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Wuzara,

    1) apakah hukum memenuhi tuntutan biologi dan nuluri?

    2)boleh tak jelaskan tentang peranan akal dalam apa yang dikata imam syafie ma'rifatullah.

    3)saya setuju dengan pandangan saudara, bukan Islam tidak boleh jadi pemerintah dan wajib dikenakan hudud. tetapi bagaimana hendak melaksanakannya bagi konteks Malaysia?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt...

    Buat masa ini sy hanya mampu jawab secara ringkas.

    1. Keperluan biologi jika sampai mendatangkan mudharat, hukumnya wajib dipenuhi. Contohnya, mogok lapar, ia menzalimi keperluan biologi. Hukumnya haram dilakukan.

    Manakala memenuhi kehendak naluri bergantung kepada hukum perbuatan tersebut.

    Pendetailan bagi 2 perkara ini dijelaskan dalam bab 1 halaqah pra murakazah HT.

    2. Dalam soal aqidah, akal berfungsi memahami hakikat pencipta, bukan zatnya. Oleh itu keimanan kepada Allah dibangun atas jalan berfikir menggunakan akal, bukan bertaqlid. Penjelasan lanjut dalam bab 1 kitab Nizamul Islam, Bab Jalan Menuju Iman.

    3. Tegakkan khilafah, barulah bukan hudud saja malah seluruh hukum Islam dapat dilaksanakan bukan saja di Malaysia, insyaAllah di muka bumi.

    Semoga mendapat pencerahan.

    ReplyDelete