.....Lebih 1400 tahun yang lalu
Ayat-ayat mengharamkan riba telah diturunkan oleh pencipta kita, Allah swt.
Antaranya: Surah Al Baqarah 275-279, Ali Imran 130, An Nisaa 160-161, Ar Rum 39.
Melalui lisan nabi junjungan kita antaranya:
” Jauhi tujuh dosa besar”.... memakan harta riba’...... (Muttafaq Alaih)
”Riba itu hanya pada menunda waktu” (Muslim)
”Tiada riba’ kecuali pada penundaan waktu” (Bukhari)
“Tiada riba selama tunai” (Muslim, Ahmad)
Rasulullah melaknat pemakan riba, pembayar riba’, pencatat riba, dua saksi bagi riba. Baginda bersabda, “ Mereka semua sama” (Muslim)
Ribuan tahun kemudan, tiba-tiba Kerajaan Kelantan membayar riba sebanyak RM57 juta kepada kerajaan pusat. Dalil yang diberikan oleh sesetengah pihak ia adalah hutang lama kerajaan BN. Kerajaan Kelantan terikat dengan dengan perjanjian terdahulu.
Sebagai orang beriman, kita kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Apakah riba’ itu wajib dibayar? Firman Allah: Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahawa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. (Al Baqarah 279).
Firman Allah: Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.

Ibn Kathir berkata: Dengan meletakkan nilai modal yang asal menyebabkan tidak berlaku zalim menzalimi inilah penyelesaian Islam berhubung dengan taubat daripada riba.
Sedangkan An-Nasafi berpendapat mereka yang berhutang tidak dikenakan bayaran lebih daripada hutangnya di samping tidak dikurangkan hak pembeli hutang.
Hukum memuhasabah adalah wajib. Banyak nas yang secara qath’ie membicarakan hal ini. Antaranya yang biasa kita baca dalam surah Al Ar, Allah ta’kid(menegaskan sebanyak 3 kali.
1. Dengan sumpah
2. Inna (sesungguhnya)
3. lafi khusr (benar2 dalam kerugian)
Allah sampai menegaskan sebanyak 3 kali bahawa manusia dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Hizbut Tahrir Malaysia melalui laman webnya menegur tindakan tersebut bertentangan dengan hukum syara’. Apakah teguran haramnya membayar riba’ bukan teguran yang benar? Atau adakah kita ego untuk menerima kebenaran yang terang lagi bersuluh? Atau kita merasakan yang menegur itu tidak sehebat ulama’ yang kita ikuti itu?
Jika itulah, maka ingatlah sabda nabi yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abdullah bin Mas’ud:
” Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar biji sawi. ...... Sombong itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain”
Wahai saudara ku yang mulia,
Apakah kamu masih tidak mahu menerima muhasabah ini. Jika tidak mengapa?
- apakah kamu merasakan memang diperbolehkan membayar riba bagi kes ini? Walhal ia belum sampai ke tahap ikrahul mulji untuk mendakwa dharurah/terpaksa.

- Apakah anda merasakan tidak apa melakukan keharaman asalkan mempunyai niat yang baik? Sedangkan tidakkah anda sendiri yang menyatakan matlamat tidak menghalalkan cara.
- Apakah kamu menolak kerana ini adalah teguran dari jemaah lain, apatah lagi ia datang dari jemaah yang menolak demokrasi yang mana kamu berkiprah diatas jalannya? Jika begitu jelas kamu menolak bukan kerana dalil tetapi kerana kebencian terhadap penyampainya. Tidak takutkah kamu menjadi orang sombong yang tak layak masuk syurga seperti yang dinyatakan dalam hadith riwayat Imam Muslim di atas?
- Atau apakah kalian engikut saja apa yang disampaikan oleh ulama kalian tanpa mengendahkan ia selari dengan syara’ atau tidak. Apakah pada kalian setiap butir perkataan yang datang dari ulama’ kalian, pasti betul dan tidak boleh dimuhasabah lagi? Jika itulah sikap kalian, ingatlah peringatan Allah swt yang cukup keras;
Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah [9]: 31).
Wahai saudara ku yang dikasihi,
Muhasabah ini walaupun mungkin berat bagi kalian menerimanya, ia adalah muhasabah yang didasari seruan syara’ dan atas rasa cinta terhadap kalian. Sudilah kiranya kalian menerimanya, dan muhasabahlah kami seikhlasnya sekiranya kami silap. Jadikanlah ia budaya sesama gerakan Islam.
Sama-samalah kita mengikut minhaj kenabian mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan semula khilafah Islamiah. Kami adalah saudara seagama kalian yang punya cita dan hasrat seperti kalian untuk melihat Islam kembali meliputi bumi. Bersama-samlah kita berusaha dan berdoa agar kita semua dapat bersama-sama berjuang dalam barisan yang kukuh menghadapi musuh-musuh Allah dan semoga Islam dapat ditegakkan melalui tangan-tangan kita, insyaAllah.
Tahniah saudara diatas penjelasan tentang riba' tu.
ReplyDeleteSaya minta saudara tolong kupas pula 'HUKUM BAYAR RIBA KERANA PERJANJIAN YANG DIWARISI DARI ORG TERDAHULU DAN ORANG YG MEMBERI PINJAMAN PULA TIDAK PEDULI HUKUM HAKAM AGAMA'
Terima kasih atas penjelasannya.
Salam,
ReplyDeleteSaudara, bagaimana pula bila kita dapat menguasai tampuk pemerintahan negara?
Hutang-hutang dengan bank dunia serta negara Jepun.
Hutang ini sudah tentu guna riba.
Adakah sebagai negara, kita tak perlu bayar riba hutang tersebut?
Hutang tetap hutang, janji tetap janji.
Nanti mereka tuduh Islam tak tepati janji.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteJika saudara2 meletakkan setidaknya nama samaran lebih baik, memudahkan panggilan.
1) Segala syarat yang tidak syar'ie dalam perjanjian adalah terbatal, antaranya adalah riba'. Ramai fuqaha yang menjelaskan hal ini berdasarkan hadith nabi...
Tiada gunanya orang mempersyaratkan syarat-syarat yang tidak ada di dalam Kitabullah. Syarat apapun yang tidak ada dalam Kitabullah adalah batil meskipun seratus syarat. Ketetapan Allah lebih layak (diikuti) dan syarat Allah lebih kuat (dipegangi) (HR al-Bukhari, Malik dan Ibn Majah)
Jadi jelas haram hukumnya kita meneruskan perjanjian sebegitu.
2) Oleh itu, sekiranya khilafah tertegak,hukum syara' bagi perkara ini adalah jelas. segala hutang kepada IMF, world bank dsbnya akan diselesaikan tanpa membayar riba'. Kerana yang haram adalah riba' bukan hutang.
untuk melakukan polisi sebegini, khilafah mesti mempunyai political will dan kukuatan Islam. ia menuntut gerakan Islam yang berusaha menegakkan khilafah, mencontohi thariqah dakwah Rasulullah sepenuhnya tanpa kompromi dengan hukum syara'.
Konflik yang dihadapi kerajaan kelantan adalah akibat setuju perkongsian kuasa, penerapan hukum secara bertahap2(tadarruj) yang menuntuta kompromi antara hukum Islam dan kufur.
semoga mendapat pencerahan.
Wuzara, saudara tidak gunakan hujah yang kukuh dlm menjawab persoalan tadi.
ReplyDeleteSila berikan hujah yg kukuh dan tidak berselindung dibalik kekuatan Khilafah dan sebagainya.
Kerana runtuhnya Khilafah Osmaniyah juga adalah kerana mereka terjerat dgn hutang berunsur riba'.
salam...
ReplyDeleteanonymous yang mana satu pun saya tak tahu, mungkin sama mungkin. Saya mintalah saudara guna apa2 nick, supaya memudahkan flow perbincangan.
Hujah riba' kukuh, ia qath'ie. Sepatutnya mereka yang membenarkan pembayaran riba' itulah yang perlu mengeluarkan hujah yang membenarkan pembayaran riba'. Kerana mereka telah menyalahi dari hukum Allah yang mengharamkan riba'.
Saya tidak sanggup untuk meletakkan Islam sebagai pihak tertuduh. Islam telah menyatakan riba' haram, saudara nak juga bayar riba', kenapa Islam yang perlu disalahkan.
Beginilah, kalau saudara sudi kita boleh jumpa. Kalau jauh, saya boleh aturkan sahabat saya.
Boleh?
Hukum riba' memang qat'ie.
ReplyDeleteYang saya nak tau, kalau terikat dengan perjanjian tertentu yg mewajibkan bayar riba' dan PEMBERI PINJAM ADALAH ORG YG TAK PEDULI HUKUM HAKAM ISLAM.
Kalau perjanjian tersebut batal, apa hujahnya.
Anonymous, silalah letak nama. Saya umpama berbincang dengan halimunan pula. Apa yang nak dirisaukan. Saya sendiri mengguna nick wuzara ini dimana2.
ReplyDeletesaudara tak tahu ke segala akad yang bertentangan dengan hukum syara' adalah bathil.
1. Setiap akad mesti memenuhi perkara2 wadh'i(istilah fiqh), iaiatu berkaitan dengan syarat, mani', fasad, sah mahupun buthlan.
Akad yang mengandungi riba' adalah batthil. Akad tersebut tidak sah dan pelakunya melakukan keharaman.
2. Hadith nabi yang berkaitan hal ini, saya dah tulis pun sebelum ini.
Tiada gunanya orang mempersyaratkan syarat-syarat yang tidak ada di dalam Kitabullah. Syarat apapun yang tidak ada dalam Kitabullah adalah batil meskipun seratus syarat. Ketetapan Allah lebih layak (diikuti) dan syarat Allah lebih kuat (dipegangi) (HR al-Bukhari, Malik dan Ibn Majah)
Nampaknya saya yang terpaksa mempertahankan riba' itu haram. Saudara yang memperbolehkan pembayaran riba' tersebut masih belum keluarkan dalil, sekadar statement rasional semata.
Jom la jumpa. Takkan ajakan saudara seislam pun nak dihampakan.
saya harap saudara yang bertanya berpuas hati dengan jawapan ringkas saya. Untuk bincang lebih lanjut, sebaiknya kita berjumpa.
ReplyDeletesalam ukhwah dari saya
wuzara,
ReplyDeletejawapan anda pada pertanyaan anonymous masih rapuh akak rasa dan ia tidak menyediakan jalan penyelesaian terhadap realiti masalah yang dihadapi.
Anda lebih meletak kepada hakikat hukum haramnya riba tanpa solusi bagi menghadapi tekanan 'membayar riba hasil dari hutang orang terdahulu '. Malah solusi yang anda nyatakan juga lebih kepada 'jika wujudnya khilafah'....sudah tentu penjelasan ini tidak menepati situasi yg dihadapi sekarang.
wuzara ni kalo berlawan hujah kat net ni asyik ajak org jumpa je...ehem ada ilmu penunduk ke ??ngeh3x....
Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada sesiapa disini especially kak myhoney.
ReplyDeleteApakah Realiti perlu tunduk kepada Hukum Islam atau Hukum Islam perlu tunduk kepada realiti?
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya mengikuti blog ini sejak 2 bulan lalu.Dari gaya penulisannya telahan saya ini anak muda yang punya idealisme dan berpandangan jauh.Mungkin banyak dipengaruhi fikrah jemaah tertentu.barangkali sebab itu ada pemikiran yang disampaikan tak mampu digapai oleh sesetengah kita.
Pada pandangan saya yang jahil ini apa yang diutarakan oleh wuzara itu ada kebenarannya. Ia umpama teori domino. Kerana keterlibatan dalam demokrasi, banyak hukum yang telah PAS kompromikan.Saya bukanlah mahu menghentam jemaah yang telah banyak berjasa ini, tetapi itulah pemerhatian saya sebagai orang lama. Tak perlulah saya menyatakan satu persatu, tuan2 sekelian cukup bijak saya kira.
wallahu'alam.
Terima kasih pakcik Al Ghamidi atas pandangan yang diberikan.Mungkin bagi pihak yang kena teguran tersebut, amat berat untuk menerimanya, apatah lagi ia dilakukan atas niat untuk memperjuangkan Islam.
ReplyDeletesiang tadi saya terfikir, bagaimana jika bangunan seperti KLCC, juruteranya berbeza2 perkiraannya. beranikah kita mengambil mana2 perkiraan tersebut, atas alasan yang mengiranya tersebut seorang jurutera profesianal. tentu tidak. Pastinya perkiraan yang paling tepat digunakan.
Itu baru membina sebuah bangunan, apatah lagi misi terhebat abad ini, mengembalikan Islam dalam kehidupan. Sanggupkah kita ambil saja mana2 pandangan ulama', atas nama ikhtilaf? tepuk dada, tanya fikrah Islam kita.