Sunday, October 26, 2008

ASAS USHOOL FIQH


Makna Ushool Fiqh
Al Ushool merupakan jama’ dari kata al-ashlu yang secara bahasa bererti setiap perkara yang menjadi dasar bagi yang lain.
Fiqh secara syar’ie bermakna pengetahuan terhadap hukum-hukum syara’ yang bersifat praktik yang digali dari dalil syara’ yang rinci.

Kedudukan Ushool Fiqh dalam kehidupan kita

Al Quran dan Sunnah

USHOOL FIQH

Hukum Syara’/ Fiqh

Perbuatan Hamba

Benda



Ruang Lingkup Pembahasan Ushool Fiqh

1.Hukum syara’ dan yang berkaitan
a. Pembahasan Al hakim
b. Khitab Taklifi
c. Khitab Wadh’i
d. Kaedah Kulliyat


2. Dalil dan yang berkaitan
a. Dalil
b. Method memahami dalil
c. Pembahagian Al Quran dan Sunnah


3. Ijtihad dan yang berkaitan
a. Ijtihad
b. Taqlid
c. Tarjih antara Dalil

1b. Khitab Taklifi
Khitab Taklifi adalah seruan syar’ yang berkaitan perbuatan hamba berupa tuntutan (Al Iqtidha’) atau pemberian pilihan (taghyir) yang menjelaskan hukum atas perbuatan manusia.


Ruang Lingkup Khitab Taklifi
a) Hukum asal bagi benda
b) Hukum asal bagi perbuatan manusia
c) Hukum bagi perbuatan manusia
d) Qarinah

Hukum Asal Perbuatan Manusia adalah sentiasa terikat dengan hukum Allah.
Dalilnya adalah surah Al Hijr ayat 15 yang bermaksud:
”Demi tuhan mu, kami pasti akan menanyai mereka semua, tentang apa yang yang telah mereka kerjakan dahulu”
-Annisa ayat 65
-Hadith dari Huzaifah bin Yaman

Hukum asal bagi benda adalah halal selagi tiada dalil yang mengharamkannya
Dalilnya adalah Surah Albaqarah ayat 219 yang bermaksud”
”Dan telah dihalalkan apa yang ada di muka bumi”
TQS surah Yunus ayat 59:
” Katakanlah” terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan Allah kepada mu, lalu kami jadikan sebahagiannya haram dan halal”

Khitab Wadh’i
Khitab Wadh’i adalah ketentuan syari’ yang berkiatan perbuatan hamba dengan penetapan wadh’i yang menjelaskan perkara yang dituntut keberadaannya oleh hukum

Ruang lingkup Khitab Wadh’i
a) Sabab
b) syarat
c) Mani’
d) Sah, batal dan fasad
e) Azimah dan rukhsah

a) Sabab
Sifat yang dibatasi, yang ditunjukkan oleh dalil sam’i sebagai pemberitahu adanya(terwujudnya) hukum. Bukan sebagai pemberitahu disyariatkan hukum. Contohnya:
”Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir” (Al Isra:78)
Rasulullah bersabda” apabila matahari tergelincir, maka solatlah kalian”

Ayat Quran dan hadith diatas menjelaskan bahawa tergelincirnya matahari merupakan sabab bagi wajibnya solat. Ia bukan dalil wajibnya solat. Dalil wajibnya solat adalah seperti firman Alla swt:
”dan dirikanlah solat” (An Nnur 56)

b) Syarat

Syarat adalah sifat yang menyempurnakan perkara (yang disyaratkan) atas perkara yang dituntut oleh hukum, atau atas perkara yang dituntut oleh perkara yang disyaratkan itu.
i) Syarat yang dikembalikan kepada khitab taklifi
Contoh : Wudhu adalah syarat sah bagi solat
ii) Syarat yang dikembalikan kepada khitab wadh’i
Nishab adalah syarat bagi zakat. Haul adalah syarat bagi nishab. Haul disini adalah syarat yang dikembalikan kepada khitab taklifi.

c) Mani’

Mani’ adalah sifat yang ditunjukkan oleh dalil-dalil sam’i(wahyu) yang keberadaan illatnya mengharus hapus illat sesuatu yang dilarangnya.

Contohnya, kekerabatan adalah sabab penerimaan pewarisan harta. Tetapi membunuh dengan sengaja adalah mani’ (halangan) untuk menerima waris.

No comments:

Post a Comment