Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Berdasarkan analisa ahli astronomi/falaq, hilal bagi Eidul Fitri 1429H hanya boleh kelihatan pada petang ini di Kepulauan Polynesia sekiranya kedudukan dan sudut yang tepat diperolehi. Walaubagaimana pun, hilal boleh kelihatan dengan mudah pada hari Selasa di New Zealand Australia, Indonesia, Asia selatan, Afrika and Benua Amerika. Oleh itu ahli Falaq menjangkakan Hari Raya Puasa jatuh pada Rabu 1 Oktober. (Sila rujuk http://www.moonsighting.com/)


Perlu kita fahami, bahawa kemajuan teknologi hanyalah sebagai pembantu dalam menentukan kedudukan anak bulan. Kesahihan dilihatnya hilal tetap hanya ditentukan melalui kesaksian manusia, bukan analisa saintifik. Hendaknya kita menggunakan mathla' syar'ie dan bukannya mathla' assobiyah sebagaimana yang diamalkan sekarang dimana ummat Islam berpuasa dan beraya mengikut ketetapan negara masing-masing.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga ukhwah yang terjalin menjadi semakin erat dan sama-sama kita berusaha mengembalikan semula kehidupan Islam dibawah naungan Khilafah Nubuwwah.

No comments:

Post a Comment