Friday, July 11, 2008

Anwar, Tuduhan Liwat dan Sumpah: Apa Hukum Islam?

Dato Seri Anwar semasa menghadapi tuduhan liwat semasa era Dr. Mahathir telah pun bersumpah menafikan tuduhan tersebut. Walaupun telah bersumpah, beliau tetap juga didapati bersalah walaupun tiada bukti kukuh yang boleh menyabitkannya.

Inilah jelas menunjukkan, penghakiman dalam system kufur ini tidak mengiktiraf apalagi menerima hukum pembuktian (ahkamul bayyinat) Islam. Tetapi itu tidak pelik kerana ideology kapitalisme ini beraqidah sekular. Bagaimana mungkin ia akan mengguna pakai hukum yang berasal dari aqidah Islam?

Kini DSAI dituduh melakukan didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Melihat susuk tubuh Saiful, saya tidak percaya dia tidak mampu melawan. Tetapi bukan itu yang ingin saya bawakan disini. Saya terpanggil untuk mengulas perkara mubahalah yang sekali lagi timbul.

Sepatutnya yang diseru para mufti dan ulama adalah supaya tuduhan ini dihakimi dengan hukum Islam. Bukan mencadangkan mubahalah sedangkan proses penghakiman dan undang-undang masih lagi kufur.

HUKUM PEMBUKTIAN DALAM ISLAM

Ahkam al-bayyinat(hukum pembuktian) sama seperti hukum-hukum Islam yang lain, merupakan hukum syara’ yang digali dari dalil-dalil yang bersifat rinci. Pembuktian diperlukan dalam kes muamalat dan juga peradilan.

Syeikh Ahmad ad-Da’ur dalam Ahkaam al-Bayyinat mendefiniskan bukti(bayyinat) adalah semua hal yang boleh membuktikan sesebuah dakwaan.

Bukti dalam Islam hanya ada 4 jenis,tidak lebih dari itu, iaitu:-
a) pengakuan
b) sumpah
c) kesaksian
d) dokumen bertulis yang meyakin

Saya sekadar mengulas berkenaan sumpah sahaja disini.

Imam Baihaqi dengan isnad yang shahih dari Nabi saw:
“Bukti itu wajib bagi orang yang mendakwa, dan sumpah itu wajib bagi orang yang mengingkarinya”

“Sumpah itu wajib didasarkan kepada niat orang yang meminta” (HR Muslim)

Imam Bukhari
meriwayatkan dari Ibnu ‘Amru:
“Ada lelaki Arab mendatangi Nabi saw, kemudian ia berkata,” Ya Rasulullah, apa saja dosa besar itu? Baginda menjawab, “ Menyekutukan Allah, membunuh jiwa tanpa hak, membohongi seorang mukmin, lari dari medan perang dan sumpah palsu”.

Ini menjadi bukti bahawa sumpah tidak boleh dilakukan kecuali didasarkan bukti yang meyakinkan. Dan perkara yang menjadi pokok pangkal adalah Allah mewajibkan kita berhukum dengan hukum Allah, bukan hukur secular kemudian cuba mengambil pembuktian Islam. Perundangan dan pembuktian Islam datang sebagai sebuah pakej tak boleh dipisahkan.

Allah berfirman:
“Maka hukumlah mereka dengan apa yang datang dari Allah” (Al Maidah:48)

Dalam nas-nas yang lain Allah menyatakan mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah samada kafir, zalim atau fasiq.

Oleh itu saya menyeru saudara-saudara sekelian, bahawa apa pun kes termasuk kes tuduhan terhadap DSAI ini WAJIB dihukum dengan hukum Allah. Mana-mana cadangan yang hanya menyarankan ia mengambil pembutian Islam walhal peradilannya masih kufur jelas merupakan perlanggaran terhadap hukum Allah.

Para mufti sepatutnya mendakwah pemerintah untuk kembali kepada Islam secara menyeluruh. Bukan sebaliknya memberi cadangan yang mengelirukan ummat sebegini.

No comments:

Post a Comment