Wednesday, June 25, 2008

Kenaikan Harga Minyak: Apakah Penyelesaian Islam (Siri3: Pembangunan Teknologi Bahan Api Termaju Amerika Syarikat)

Amerika sebagai kuasa dunia hari ini mengadakan pelbagai kajian dan jangkaan terhadap pelbagai kemungkinan dunia masa hadapan. CIA dalam Mapping The Global Future menjangkakan akan muncul kuasa baru dunia. Antara jangkaan kuasa dunia yang mungkin timbul adalah China, India dan juga khilafahan Islam.

US melalui statistik dan kajian telah melihat sumber tenaga sebagai suatu masalah krtikal yang boleh menjatuhkan US sekelip masa. Seperti mana yang telah saya paparkan pernyataan pemimpin-pemimpin tertinggi US, mereka sedang berusaha membangunkan sumbart bahan api termaju yang mampu menjadi sumber bahan api alternatif terhadap hirokarbon.



Statistik yang dikeluarkan pada Januari 2006 oleh Kementerian Tenaga US menyatakan; negara pengeksport minyak utama US adalah Kanada, Mexico, Arab Saudi, Nigeria Venuzuela. Kelima-lima negara ini menyumbang 67% dari import minyak US. Tetapi perangkaan pentadbiran tenaga US menyatakan 1 dari setiap 4 tong minyak dunia dikeluarkan oleh negara timur tengah. Ini menyebabkan US sukar untuk mengelak dari mendapat sumber dari sana. Atau cara lain, US perlu mencari sumber tenaga alternatif, bukan bergantung satu sumber sahaja.

Dalam ucapan Bush berkenaan masalah diatas, " US telah ketagih minyak, ia menyeru untuk cuba melupakan tiga suku minyak di timur tengah yang akan diimport dalam tempoh 20 tahun" Bush-seoarang yang memegang sepenuh harapan terhadap matlamat strategik US terhadap minyak dan dunia - berkata lagi, " Amerika ketagih minyak yang diimport dari kawsan yang tidak stabil. Cara terbaik untuk keluar dari masalah ini adalah melalui teknologi. Nanti kita boleh melupakan untuk mengimport 75% minyak dari timur tengah pada 2025.


Antara polisi yang telah diluluskan US adalah:


ADVANCE TECHNOLOGY INITIATIVE

1) inisiatif kajian arang batu. Bush meluluskan US2billion untuk 10 tahun akan datang untuk memebangunkan penggunaan arang batu. Arang batu membekalkan lebih dari separuh keperluan elektrik rakyat US dan rizabnya cukup untuk 200 tahun.
2) Inisiatif generasi akan datang. Bush meluluskan lebih dari US50 juta dalam buget 2007 yang bertujuan melahirkan perkongsian pintar antara orang awam dan sektor swasta.
3) Inisiatif solar Amerika. Bush meluluskan US15 juta dalam budget 2007 untuk memebangunkan sel solar untuk memebekal tenaga di kawasa pedalamn dan sebahagian dari element pembinaan rumah. "denagn itu setiap rumah menghasilkan lebih dari tenga yang diperlukannya"
4) Inisiatif tenaga kereta. Memuatkan inisiatif sampingan, seperti pembuatan kereta jimat tenaga, mengurangkan penggunaan minyak dan membangunkan hydrogen sebagai bahan bakar bagi kereta

NATIONAL ENERGY STRATEGY

" Memastikan rumah kita panas pada musim sejuk, sejuk pada msim panas, untuk menyiapkan kerja kita, menjalankan kilang-kilang, kita boleh pergi ke mana-mana, dan menyediakan tenaga kepada tentera dan pasukan keselamatan". Bush juga berkata dalam ucapannya yang bertajuk `kesatuan sebuah negara', "cara terbaik menamatkan kebergantungan kita ini adalah teknologi. Kta membelanjakan kira-kira US1000 juta sejak 2001 untuk melahirkan sumber tenaga yang bersih, murah dan lebih selamat. Kita diambang perjalanan yang luar biasa




PEMBANGUNAN BAHAN API BIO
Pembangunan bahan api bio(biofuel) ini merupakan initiative yang memberi kesan signifikan terhadap kenaikan harga minyak dunia hari ini. Pada peringkat awal biofuel dibangun dari sumber makanan. Antaranya dari gandum, jagung, kelapa sawit, canola, soya dan tebu. Ini menyebabkan harga komoditi-komiditi tersebut naik dengan mendadak dan tidak munasabah. Ini mendorong kepada 2 kesan negative:




a) Harga makanan melonjak terlalu mahal. Ini juga kita rasai di Malaysia dengan kenaikan harga minyak masak dan beras. Di peringkat dunia jumlah meraka yang mati kebuluran telah meningkat kepada 26000 nyawa sehari. Para penganalisa menjangkakan jika ia berterusan boleh membawa kepada krisis ekonomi dunia yang lebih teruk berbanding 1930an. Ini kerana walaupun orang mempunyai kerja tetapi tidak mampu untuk makan dengan sempurna. Kebimbangan ini membawa kajian US untuk menghasilkan biofuel dari rumpai laut. Malaysia juga mula menanam pokok jarak(jetropha) sebagai biofuel.

b) Harga bahan api bio juga menjadi terlalu mahal dan tidak ekonomik secara relatif berbanding minyak fossil.

Kesan negatif yang kedua inilah yang kemudiannya mendorong kepada spekulasi untuk menaikkan harga minyak dunia. US sangat terdesak untuk membangunkan bahan api alternatif dan mereka telah melaburkan wang yang sangat banyak untuk usaha ini. Kegagalan pembangunan teknologi ini akan menggangu keselamatan negara mereka.

Oleh itu, cara yang paling mudah untuk menjadikah bahan api alternatif ’murah’ secara relatif adalah dengan menaikkan harga minyak. Apabila harga minyak naik dengan sangat tinggi, pengguna tidak akan pilihan lain selaian tunduk menggunakan sumber api alternatif. Inilah antara faktor utama yang mendorong spekulasi kenaikan harga minyak dunia.

Ia bukanlah perancangan sambil lewa, tetapi berkaitan dengan percaturan dunia untuk 100 tahun akan datang oleh Amerika Syarikat. 3 syarikat utama minyak dunia dimiliki oleh US iaitu Exxon Mobil, Chevron dan ConocoPhillips. Exxon Mobil mengunjurkan keuntungan RM150billion untuk tahun 2007. Manakala Chevron dan Conoco menjangkakan kenaikan 25 hingga 30%. Ini tidak hairan kerana kebanyakan pemimpin tertinggi US adalah dari latar belakang syarikat minyak.

Kepelikan kenaikan harga yang tidak munasabah ini juga dinyatakan oleh OPEC. OPEC menyatakan pengeluaran minyak dunia stabil, tiada kewajaran harga minyak naik. Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyatakan harga minyak yang tinggi tidak boleh diterima kerana pengeluaran mencukupi. Manakala Bloomberg pada 11 julai melaporkan harga minyak mungkin naik kerana spekulasi kekurangan rizab minyak US sebanyak 1.5juta tong berbanding 19juta tong pada Mei 2008.

Kesimpulan
Kenaikan harga minyak dunia hari ini adalah permainan spekulasi US yang disebabkan oleh faktor-faktor diatas. US perlu menjaga kelangsungan kekuasaan di dunia dan dalam masa yang sama mengaut keuntungan sebanyak mungkin dari rizab minyak yang ada.

Jika begitu, apakah penyelesaian Islam? Apakah sudah sesuai dengan syara’ jika kerajaan menurunkan harga minyak? Apakah dengan meletakkan PETRONAS dibawah seliaan kabinet adalah penyelesaian Islam?

InsyaAllah akan saya sambung pada siri ke 4: Penyelesaian Islam Berkenaaan Pengurusan Minyak. Sahabat-sahabat juga dijemput untuk hadir ke



SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM
"Krisis Kenaikan Harga Minyak: Penyelesaian dari Islam"

Anjuran : Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN)
dan Hizbut Tahrir Malaysia

Tarikh29hb Jun 2008, (Ahad)


TempatDewan seminar Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor


Masa8.30 pagi – 1.00 petang

Sebarang maklumat/pertanyaan sila hubungi :
e-mail : seminarbangi2008@ gmail.com
Website : www.mykhilafah. com

No comments:

Post a Comment